Monday, July 20, 2009

Pengumpulan surat khabar lama

Aktiviti mengumpul surat khabar lama sudah bermula hari ini. Walaupun kesuntukan masa, ahli Briged Bestari berjaya mengumpul dari kelas-kelas yang tidak dikunci untuk dmasuki. Dapat le dalam anggaran 100 kilo. Aktiviti ini akan diteruskan sehingga kelas-kelas menjadi bersih dari sampah sarap bernilai RM. Malaysia memang kaya...RM di mana-mana.

Monday, July 13, 2009

MESYUARAT AGUNG 2009

Mesyuarat Agung Briged Bestari SM3KB telah dapat diadakan pada 13 Julai 2009. Mesyuarat agung telah tertangguh beberapa kali kerana menanti dan memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 6Bawah untuk menyertai BB supaya mengumpul merit bagi membantu mereka memasuki IPTA. Mesyuarat telah berjaya melantik Ahli Jawatankuasa 2009 seperti tertera di sebelah.
Ahli-ahli telah bersetuju untuk menjalankan beberapa aktivit dalam tempoh tahun 2009-2010 antara lain:
1. Mengadakan jualan semasa program sekolah dijalankan untuk menambah kewangan tabung
2. Mengadakan tayangan video sebagai sumber kewangan tabung.
3. Mengadakan lawatan ke pusat jualan peralatan ICT seperti Imbi Plaza dan Low Yatt atau PC Fare.
4. Mengadakan kursus membina blog untuk ahli BB.
5. Membuat operasi pembersihan peralatan ICT yang ada di sekolah.
6. Mengumpul dan menjual suratkhabar lama untuk mengisi tabung.
7. Mengadakan perjumpaan minggu setiap hari Isnin jam 2.00 -3.00 petang.
Persetujuan juga dicapai untuk ahli (Ogos-November 2009):
1. Setiap ahli perlu ada email.
2. Setiap ahli boleh mengajar rakan-rakan membuka akaun email - 1ahli - 30 orang
3. Ada blog untuk dipautkan ke blog induk ini.
4. Mendaftar dan menyediakan bahan pertandingan ThinkQuest.org

Monday, April 6, 2009

Permohonan menjadi ahli 2009

Pihak pengurusan telah menerima 16 permohonan dari pelajar untuk menyertai Briged Bestari. Masih ada 9 kekosongan untuk mencukupkan kuota 25 ahli semuanya. Mereka yang memohon adalah :
1. Mohd Azhar Hilmi 4KI
2. Abdul Rahman Bakhtiar 4KI
3. Nur Atirah Shawaludin 4SI 1
4. Nur Istianah Salehudin 4SI 1
5. Ramesh 4ST
6. Kogulan Ganesan 3Bios
7. Justine Sathesraj 3 Megabit
8. Dylon Jospeh 3 Digital
9. Thulashini Anil Kumar 3 Gigabit
10. Mukesh Anan 2 Megabit
11. Surenteran Anil Kumar 2 Digital
12. Shattish Kumar Morgan 2 Digital
13. Muhamad Ezzuan Mohd Ali 1 Siber
14.Muhammad Alif Azhar 1 Siber
15. Muhammad Luqman Aziz1 Siber
16. Muhammad Zainur Izzat Zaidi 1 Siber
17. Roslan Abdul Rahman

Kepada pelajar-pelajar laian yang berminat sila dapatkan borang segera.

Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung Briged Bestari 2009

Mesyuarat Agung dijanka akan dilangsungkan dalam masa terdekat. Pihak pengurusan sedang menunggu kedatangan pelajar tingkatan 6 bawah bagi memberi peluang mereka turut menjadi ahli Briged Bestari SM3KB. Pelbagai aktiviti sedang dlaam perancangan untuk dijalankan pada tahun ini. Tarikh tutup permohonan untuk menjadi ahli BB telah dilanjutkan sehingga 15 April 2009.

Saturday, March 28, 2009

Pertandingan mencipta logo

Satu pertandingan mencipta logo Briged Bestari peringkat kebangsaan akan diadakan dalamtahun ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mula mencipta logo Briged Bestari yang boleh digunapakai oleh semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup belum ditentukan lagi. Terbuka kepada semua pelajar dari tingkatan 1 - 6.

Tuesday, March 10, 2009

MENYAHUT SERUAN

Sekembali dari mesyuarat pemantapan Briged Bestari anjuran BTP, semua sekolah diminta menwujudkan blog khas untuk Briged bestari sekolah masing-masing. Blok BB sekolah akan dilinkkan ke blog induk yang akan diwujudkan kelak. Melaui blog ini pihak BTP, JPN, BTPN atau sesiapa sahaja yang ingin tahu perkembangan terkini pergerakan Briged Bestari sekolah di Malaysia boleh melayari blog ini. Kan muda gitu ... apa perlu diisi borang pelbagai ..go papaerless beb ... ICT ERA ... selamatkan dunia !!!