Monday, July 20, 2009

Pengumpulan surat khabar lama

Aktiviti mengumpul surat khabar lama sudah bermula hari ini. Walaupun kesuntukan masa, ahli Briged Bestari berjaya mengumpul dari kelas-kelas yang tidak dikunci untuk dmasuki. Dapat le dalam anggaran 100 kilo. Aktiviti ini akan diteruskan sehingga kelas-kelas menjadi bersih dari sampah sarap bernilai RM. Malaysia memang kaya...RM di mana-mana.

Monday, July 13, 2009

MESYUARAT AGUNG 2009

Mesyuarat Agung Briged Bestari SM3KB telah dapat diadakan pada 13 Julai 2009. Mesyuarat agung telah tertangguh beberapa kali kerana menanti dan memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 6Bawah untuk menyertai BB supaya mengumpul merit bagi membantu mereka memasuki IPTA. Mesyuarat telah berjaya melantik Ahli Jawatankuasa 2009 seperti tertera di sebelah.
Ahli-ahli telah bersetuju untuk menjalankan beberapa aktivit dalam tempoh tahun 2009-2010 antara lain:
1. Mengadakan jualan semasa program sekolah dijalankan untuk menambah kewangan tabung
2. Mengadakan tayangan video sebagai sumber kewangan tabung.
3. Mengadakan lawatan ke pusat jualan peralatan ICT seperti Imbi Plaza dan Low Yatt atau PC Fare.
4. Mengadakan kursus membina blog untuk ahli BB.
5. Membuat operasi pembersihan peralatan ICT yang ada di sekolah.
6. Mengumpul dan menjual suratkhabar lama untuk mengisi tabung.
7. Mengadakan perjumpaan minggu setiap hari Isnin jam 2.00 -3.00 petang.
Persetujuan juga dicapai untuk ahli (Ogos-November 2009):
1. Setiap ahli perlu ada email.
2. Setiap ahli boleh mengajar rakan-rakan membuka akaun email - 1ahli - 30 orang
3. Ada blog untuk dipautkan ke blog induk ini.
4. Mendaftar dan menyediakan bahan pertandingan ThinkQuest.org